Wednesday, July 14, 2010

Tempoh Pemberian Milik.

Salam.

Pagi ini saya jumpa kawan lama dikedai kopi. Menghirup teh tarik sambil makan roti canai. Kawan saya merungut. Tanah miliknya dulu diberimilik oleh Pehak Berkuasa Negeri untuk tempoh 30 tahun. Tempoh tanah tersebut tinggal tujuh tahun sahaja lagi. Bermakna ia akan tamat tempoh pada 2017. Ia merungut kerana bank tidak mahu menerimanya sebagai sandaran untuk pinjaman. Dia kata kerajaan menyusahkannya.

Perlu diingat bahaya kerajaan negeri diberi kuasa oleh undang2 memberimilik tanah untuk selamalamanya atau untuk satu tempoh tidak lebih 99 tahun. Walaupun begitu pemberian milik untuk selamalamanya hanya untuk Kerajaan Persekutuan ataupun dalam keadaan tertentu yang difikirkan sesuai oleh kerajaan negeri.

Tanah ialah sesuatu benda yang tak boleh ditambah. Kecuali sidikit dengan menambak laut. Kegunaan tanah sentiasa diperlukan untuk pembinaan dan lain-lain. Bukan untuk orang perseorangan sahaja tetapi termasuk oleh kerajaan, seperti untuk tapak sekolah, pejabat, dewan dan lain-lain lagi. Walaupun kerajaan negeri boleh mengambil balik tanah yang diberi milik melalui Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, tetapi tanah semakin lama semakin mahal dimana sampai satu masa nanti kerajaan tidak mampu untuk membayarnya. Oleh itu tersangatlatlah perlu disatu masa tanah yang diberumilik kepada seseorang kembali menjadi tanah kerajaan dengan menentukan tempoh peberikan miliknya. Ini bermakna, walaupun kerajaan sentiasa memberimilik tanah kerajaan kepada individu dan tanah kerajaan akan semakin berkurangan, tetapi pada hakikatnya sehingga ke satu masa yang ditetapkan tanah kerajaan akan bertambah apabila tanah yang diberimilik itu tamat tempohnya.

Ini tidak bermakna kerajaan menganiaya seseorang, kerana sewaktu meluluskan tanah itu kerajaan telah menetapkan syarat-syarat kelulusan remasuk tempoh pegangan. Apabila syarat tersebut disetuju terima maka bermakna seseorang itu telah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Pada masa sekarang ada kerajaan negeri yang membenarkan pemilik tanah meyerah balik tanahnya yang masih ada tempuh sedikit itu untuk ianya menjadi tanah kerajaan. Selepas itu dipohon semula untuk diberi milik semula dengan tempoh pemberimilikan yang baru. Walaupun proses itu sebenarnya tidak menepati kehendak undang-undang, tetapi untuk membantu tuan tanah mendapat hakmilik yang baru tanpa menunggu tamat tempoh pegangannya tamat, banyak negeri membuat secara begini.

Wallahu Aklam

Friday, January 1, 2010

Isu² Tanah

Selamat Datang